Wednesday, January 7, 2015

Padah minum mocha

Amboi tajuk.... kemain lagi kan.. hahaha
Saya memang tak bolehlah nak minum kopi-kopi ni sebab entahlah memang akan sakit kepala... memang alah langsung.. even bau kopi pun akan buat saya rasa lemas dan pening kepala.. tapi kadang-kadang minum jugak sesaja nak rasa-rasa kata orang.. pagi ni saya minum mocha dan makan sandwich subway..

Apa kopi mocha ni kan?
Mocha ni sebahagian orang sebut sebagai kopi coklat atau kopi dan coklat. Coklat yang dicampur dalam minuman ini juga boleh dipelbagaikan. Beberapa mocha menggunakan coklat sirap sementara yang lain menggunakan coklat bubuk. Coklat yang boleh digunakan pun antara coklat putih atau coklat biasa. Mereka hanya berbeza kerana jenis coklat yang digunakan. Kadang-kadang minuman mocha juga ditambahkan whipped cream. 

Mocha adalah salah satu variasi kopi tertua di dunia dan merupakan salah satu jenis kopi pertama yabg dipasarkan dan dinikmati di Eropah. Menggunakan resepi asal iaitu coklat dan kopi, pelbagai jenis minuman mocha telah tercipta dalam beberapa tahun. Istilah 'mochaccino'  juga digunakan dibeberapa tempat di USA. Minuman mocha boleh disajikan sebagai minuman panas atau sejuk.

Panjang lak topic pasal mocha je pon.. ni maknanya minum yang carik pasal... aaa lantak..
Dah minum kopi pepagi ni so lambat la sy makan supplement pagi saya😄😄

No comments:

Post a Comment