Friday, December 26, 2014

Punca bencana banjir di pantai timur?



Sememangnya banjir kali ini yang terburuk. Memang kebiasaan pantai timur akan banjir tetapi pada kali ini banjir ini sangat teruk. sedih tengok mereka yang menjadi mangsa banjir.
punca banjir pada kali ini katanya berpunca daripada fenomena "full moon".. 

Apa fenomena full moon ni? 
baca sini petikan daripada berita harian:

KUALA LUMPUR: Fenomena 'full moon' iaitu kedudukan bulan berhampiran dengan Bumi yang menyebabkan air pasang adalah antara faktor yang mencetuskan banjir luar biasa di kawasan pantai timur tahun ini.
Pegawai Meteorologi Kanan, Pusat Cuaca Nasional, Jabatan Meteorologi Malaysia, Dr Mohd Hisham Mohd Anip, berkata keadaan banjir menjadi lebih teruk apabila ditambah dengan tiupan angin Monsun Timur Laut secara konsisten merentasi Laut China Selatan ke negara ini bermula bulan November hingga Mac.
"Meskipun hujan semakin reda dan tidak lagi lebat, namun air banjir dilihat sukar untuk surut disebabkan fenomena 'full moon' yang mana bulan berada dekat dengan bumi yang menyebabkan air pasang lebih tinggi daripada biasa.
"Selain itu, hujan yang tidak berhenti sebelumnya menyebabkan aliran sungai dari hulu ke kuala tidak sampai sehingga menyebabkan air sungai melimpah keluar sehingga menyebabkan banjir teruk," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata, pihaknya menjangkakan hujan lebat akibat tiupan angin Monsun Timur Laut di Kelantan, Terengganu dan Pahang sejak minggu lalu akan berterusan sehingga awal Januari depan.
"Namun keadaan cuaca dijangka bertambah baik pada hari ini hingga esok berikutan ramalan kami menunjukkan hujan hanya berlaku di satu atau dua tempat di negeri-negeri berkenaan," katanya.
Dr Mohd Hisham berkata, musim Monsun Timur Laut yang membawa hujan lebat sehingga kini membabitkan tiga episod, iaitu yang pertama pada akhir bulan November, kedua pada 16 hingga 19 Disember dan ketiga iaitu Isnin lepas hingga esok.
"Walaupun cuaca dijangka baik pada dua hari itu, kami menjangkakan ada episod keempat iaitu bermula pada 28 Disember sehingga 31 Disember dan mungkin akan berterusan sehingga awal bulan Januari," katanya.
Dr Mohd Hisham berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan banjir akan berlaku lagi selepas 28 Disember ini di kawasan kedudukan rendah dan berdekatan dengan sungai.
"Ketika musim Monsun Timur Laut, kawasan pantai timur dijangka mengalami empat hingga lima episod hujan lebat menyeluruh dan berterusan selama tiga hingga tujuh hari pada November hingga Januari 2015, serta kawasan barat Sarawak dan Sabah pada Januari hingga Mac 2015.
"Oleh itu, penduduk yang tinggal di kawasan tepi sungai dan rendah dinasihatkan supaya sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan termasuk banjir," katanya.
Sementara itu, menurut Jabatan Meteorologi, angin kencang timur laut dengan kelajuan dari 60 kilometer sejam yang berlaku di kawasan perairan Pantai Timur Semenanjung, Sarawak, Sabah dan Labuan dijangka berterusan hingga esok.
Selain itu, laut bergelora dengan ketinggian ombak sehingga 5.5 meter turut dijangka berlaku di kawasan tersebut yang berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.
Menurut kenyataan itu, kawasan pantai di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut sehingga esok.
- BERNAMA

Marilah sama-sama kita berdoa semoga semua mangsa yang terlibat selamat dan banjir pun cepat surut ,......

Banjir di pantai timur

Sedihnyaaaaaaa....
Hari-hari dengar berita banjir... sekarang pun masih hujan... walau duduk jauh dari pantai timur tetap rasa sayu mengenangkan mereka yang menjadi mangsa banjir. Apakah yang mereka lalui sekarang ini? Dapat makanan tak? Dapat pakaian tak? Alahai.....
Memang tiap-tiap tahun pantai timur banjir tapi tahun ni nampaknya teruk pulak banjir ni... dugaan daripada Allah kan.. bertabah lah....

Tuesday, December 9, 2014

Never give up!!!

Assalamualaikum. ..
Entry ni sepatutnya 7 Disember tapi ntah cemana leh pending lama gille lak kan..
Kenapa 7 Disember?
Sebab saya suka nombor 7...😊😊

Kenapa 7 Disember?
Sebab 6 Disember adalah hari dimana saya menuntut ilmu.. jd 7 Disember saya  rasa saya perlu melakukan sesuatu!

Sekarang dah 9 Disember, masih tiada apa-apa pun?
Sabar.... sebab saya sedang menyenaraikan to do list...

Panjangnya to do list kan... hehehe

InsyaAllah!  Wish me luck korang xoxo D publish!  <-- nampak sangat pengaruh lisa surihani dalam istanbul aku datang..

Yang penting......
Never give up!
Mungkin pernah give up  but... yang lepas tu lepas lah... sekarang fokus ke hadapan...

Its time to move darling!

Notajari : saja mengomel kat diri sendiri.. peringatan... jangan pernah menyerah kalah!