Thursday, February 21, 2013

Apa Ada Dengan Omega Guard

Apa itu Omega Guard



Omega 3 adalah asid lemak yang penting (EFA), dan tidak boleh diperbuat oleh badan kita . Kebanyakan orang tak mendapat cukup omega-3, dan orang yang dalam darahnya ada mengandungi trigliserida yang tinggi perlu lebih banyak omega-3. Asid lemak Omega-3 boleh didapati dalam minyak ikan dan tumbuhan tertentu. Minyak ikan mengandungi kedua-dua DHA dan EPA, manakala walnut, flaxseed, dan minyak zaitun mengandungi ALA. ALA ni akan diuraikan kepada EPA dan DHA, jadi ia bergantung pada tubuh juga… kalau enzim dalam badan tak berapa bagus, tak banyak lah ALA yang diuraikan. Haa… jangan taktau dalam Omega Guard Shaklee ada semua tu.. DHA, EPA, ALA…
EPA penting untuk kesihatan jantung dan sendi, manakala DHA adalah penting untuk perkembangan dan fungsi otak .
Faedah & kepentingan Omega-3:
  • Merendahkan tahap trigliserida dalam darah
  • Mengurangkan risiko serangan sakit jantung
  • Mengurangkan risiko ritma jantung tidak normal yang berbahaya
  • Mengurangkan risiko strok
  • Melambatkan pembentukan plak atherosclerotic
  • Merendahkan tekanan darah
  • Mengurangkan kekakuan dan kelembutan sendi
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung koronari.
Penyelidikan juga menunjukkan bahawa omega-3 menggalakkan kesihatan kardiovaskular dan membantu mengekalkan tekanan darah yang normal. Omega-3 juga menyokong otak, visi, dan fungsi sendi yang sihat
Mengapa Omega Guard Shaklee?
Shaklee sudah berada di pasaran dan terbukti berkesan sejak lebih 50 tahun lalu. Omega Guard Shaklee adalah ‘ultrapure’ , dibuat dengan begitu sempurna, penyulingan 3 peringkat secara semulajadi memberi manfaat asid lemak pada masa yang sama mengeluarkan sebatian berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat dalam ikan. Omega Guard dibuat dari ikan, bukan hati ikan yang boleh memberi kesan toksik.

Siapa Yang Sesuai Mengambil Omega Guard?
  • Ibu hamil
  • Ibu menyusu
  • Kanak-kanak (1 tahun ke atas)
  • Lelaki
  • Warga Emas
  • Mereka yang mengalami darah tinggi, kolesterol tinggi, diabetes
  • Mereka yang mementingkan kehidupan sihat
omega guard shaklee
Anda boleh dapatkan Omega Guard hari ni… Minyak ikan terbaik, bebas bahan kimia, dan semestinya halal!
Hubungi saya untuk tawaran istimewa Omega Guard Shaklee anda hari ini!

sms/call/whatsapp di 0196577995
add fb nooma reqrus bizz



Friday, February 15, 2013

salam pagi jumaat...

pagi jumaat yang sejuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuk nyee ...pagi ni je dh mcm cerita yg i saksikan...mne nk elak careless driver yang perasan bagus pagi2 ni nk cilok3 ..sgt bahaye woooooooo... lau libat kn die sahaje xpe tp melibatkan bepuluh keta yg gune jln yg same weh...stress plak pg ni...pg2 mne buleh stress wei..ia akan menggangu emosi satu hari nih nanti ...ok 2...tarik nafas dalam dalam....lepas...tarikkkkkkk lepas....tarikkkkkk lepas....ok now back to work...

Thursday, February 14, 2013

Manusia

Manusia.... 



Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah; Kemudian Kami jadikan “pati” itu (setitis) air benih (nutfah) pada penetapan yang kukuh; Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi ‘alaqah; lalu Kami ciptakan ‘alaqah itu menjadi mudghah; kemudian Kami ciptakan mudghah itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebagai sebaik-baik Pencipta. [Surah al-Mu’minun ayat 12-14]

(1) Nutfah: Ertinya setitik cecair atau setitik sperma sepertimana firman Allah SWT dalam ayat berikut:

Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermula dari air mani yang bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan). [Surahh al-Insan ayat 2]

(2) ‘Alaqah: Ertinya sesuatu yang berpaut atau melekat kepada sesuatu yang lain. Ia juga diertikan sebagai lintah yakni haiwan yang berpaut kepada haiwan lain untuk menyedut darahnya. Dalam hadis ini ia bererti embrio tersebut (ovum yang telah disenyawakan) berpaut kepada rahim (uterus) ibu.

(3) Mudghah: Ertinya ketulan atau gumpalan yang rupanya seolah-olah sesuatu yang dikunyah sehingga kelihatan kesan gigi di atasnya.