Wednesday, August 14, 2013

Cabaran 14 hari makan kiwi Zespri


ZESPRI, jenama buah kiwi popular dari New Zealand, kini menganjurkan Cabaran Suapan Hebat 14 Hari Zespri bagi menggalakkan semua lapisan masyarakat di negara ini mencuba khasiat buah kiwi.
Kempen selama dua minggu itu bertujuan untuk meningkatkan kesihatan keseluruhan para pengguna dengan memakan buah kiwi setiap hari selama 14 hari bagi merasai perbezaan kesihatan dalaman badan, terutamanya bahagian pencernaan yang lebih sihat.
Cabaran seumpamanya juga memberi peluang kepada pengguna mengamalkan pengambilan buah kiwi dalam diet harian mereka, seperti bahan tambah dalam hidangan utama, atau sebagai snek, minuman dan pencuci mulut.
Pengurus Pemasaran Malaysia, Zespri International, Tee Lai Kim berkata, Zespri bergabung tenaga bersama para selebriti terkenal tempatan seperti Sazzy Falak dan Jojo Struys dalam mempromosikan kempen tersebut.
Menurutnya, pengalaman mereka juga akan didokumenkan dan dikongsi melalui laman blog dan pelbagai saluran media sosial.
"Kita yakin kesedaran pengguna terhadap kepentingan kesihatan semakin meningkat. Pengguna hari ini lebih berhati-hati dalam memilih buah yang memberikan lebih nilai dari segi wang dan manfaat kesihatan.
"Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, buah kiwi semakin popular dan termasuk dalam diet sihat. Ini disebabkan nilai pemakanan yang ada dan sesuai untuk digunakan dalam pelbagai resipi," katanya ketika ditemui di Kuching, Sarawak baru-baru ini.










Jenis kiwi 
 

Lai Kim berkata, antara kelebihan memakan buah kiwi Zespri selama 14 hari berturut-turut ialah ia mampu meningkatkan sistem imun, memperbaiki kerosakan sel dan masalah jantung.
Katanya, terdapat dua jenis kiwi iaitu kiwi hijau dan kuning keemasan. Kedua-duanya mampu memberi kepuasan kepada pembeli. Lebih menarik, ia juga boleh dinikmati sebagai snek ringan yang memberikan tenaga dan manfaat kesihatan.
Untuk rasa yang lebih asli, katanya, buah kiwi hijau adalah jawapannya.
"Tetapi untuk anda yang menggemari rasa tropika dan lebih manis tetapi menyegarkan, pilihlah buah kiwi kuning keemasan yang juga sesuai dinikmati oleh kanak-kanak," ujar beliau.
Dalam perkembangan lain, Lai Kim memberitahu, Zespri memasuki pasaran negara ini lebih 10 tahun lalu dan Malaysia merupakan pasaran terbesar buah tersebut di Asia Tenggara.
Katanya, terdapat tiga jenis buah kiwi yang dijual di Malaysia termasuk buah konvensional dan organik antaranya buah kiwi Green, Gold dan SunGold.
"Buah kiwi Green mempunyai kombinasi rasa manis, masam dan mudah dikenali melalui isinya yang berwarna hijau cerah, bahagian tengahnya berwarna putih dan bijinya kecil berwarna hitam, manakala buah kiwi Gold mempunyai kulit yang licin dan berwarna kuning gangsa. Ia memiliki rasa manis tropika yang digemari oleh kebanyakan pelanggan di Asia.
"Buah kiwi SunGold adalah varian baharu yang dihasilkan menerusi kajian selama 10 tahun. Ia ditanam menggunakan teknik pembiakan semula jadi tanpa sebarang pengubahsuaian genetik dan berbentuk bujur, berkulit licin dan isinya berwarna coklat keemasan," jelasnya.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/
Hakcipta terpelihara

Kiwi, my favret ni okay...sedap sangat....buah kiwi tau bukan kiwi kasut tuuuu... ha..ape kata mari kita cuba mkn kiwi selama 14 hari dan rasai sendiri pengalaman nyeeeee.....mcm artikel kt atas tu...
selamat makan kiwi.. ('',)

Wednesday, July 10, 2013

Salam Ramadhan

Assalamualaikum....


Salam RAmadhan to all...May our Ramadhan nights and days be blessed with welfare and forgiveness......
Alhamdulillah.....
kita masih diberi kesempatan oleh Allah s.w.t  untuk  berpuasa lagi pada tahun ini...
Selamat berpuasa kepada semua.....
 

Tuesday, July 9, 2013

Ibu menyusu & ibu hamil di bulan puasa





Set pilihan ibu menyusu dan ibu hamil ketika puasa adalah Set Mighty 3GEM ataupun Set Menyusu Premium.


Majoriti ibu-ibu menyusu khuatir susu mereka merudum ketika puasa. Mereka risau tidak dapat maintain bekalan susu yang mencukupi. Dengan set Shaklee terpilih, mereka akan kekal cergas, cerdas dan cukup hidrasi ketika berpuasa dan tiada isu tidak cukup susu pada bulan Ramadhan.
Penghasilan susu ibu tidak akan berhenti ketika berpuasa. Kurang pengambilan kalori pun tidak semestinya menjejaskan kuantiti dan kualiti susu. Dalam satu kajian,ujian darah dilakukan terhadap sekumpulan kecil wanita yang berpuasa sepanjang bulan Ramadan. Wanita yang menyusukan didapati mempunyai imbangan kimia dalam darah yang agak sama dengan mereka yang tidak menyusu badan atau sedang hamil.

Faktor terpenting yang akan menyebabkan susu ibu berkurangan adalah dehidrasi. Oleh demikian, elakkan ini berlaku dengan memastikan anda minum air yang secukupnya ketika bersahur dan berbuka puasa. 


Anda boleh tahu bahawa anda kekurangan air (dehydrate) apabila:
§  anda rasa sangat dahaga;
§  air kencing anda berwarna gelap/pekat dan berbau kuat;
§  anda rasa seperti hendak pitam, lemah atau lesu;
§  anda mula sakit kepala atau mengalami kesakitan lain.


Kenapa Shaklee sarankan set-set berikut untuk Ibu menyusu / hamil yang ingin berpuasa?
(1) Set Mighty 3 GEM, atau
(2) Set Menyusu Premium

SET MIGHTY 3 GEM
(ESP, Mealshakes & Performance Drink)

ESP
Protein shake untuk kekal bertenaga, dan juga milk booster.  
MealShakes
Sumber protein kaya vitamin dan mineral. Ia diperlukan untuk tumbesaran dan perlindungan badan yang baik. Selain itu, ianya hidangan yang lazat, berkhasiat serta mudah disediakan. Ia juga rendah kolestrol, lemak dan sodium.

Performance Drink
Ia mengimbangi dan membekalkan elektrolit dalam tubuh dan mengimbangi metabolisme air dalam tubuh dan justeru itu dapat mengelakkan dehidrasi.
Bagi ibu hamil & menyusukan, sekurang-kurangnya 2 hingga 3 liter air sehari diperlukan bagi menjaga keseimbangan bendalir badan.

* Performance Drink mengandungi kuantiti gula yang rendah berbanding minuman isotonik di pasaran, dan ia tidak berkarbonat.

Siapa lagi yang sesuai minum Performance Drink?
- Para atlet
- Orang berpuasa
- Pesakit, sebelum dan selepas pembedahan
- Orang yang kerap tidur lewat malam
- Orang yang kerap letih dan pening
- Pesakit cirit birit
 
SET MENYUSU PREMIUM  
(Vitalea, Chewable C, B Complex, Ostematrix, Alfalfa dan ESP)


0196577995
Vitalea
Multivitamin untuk memastikan ibu sesihat-sihatnya untuk menempuhi cabaran berpuasa

Chewable C
Untuk meningkat sistem imun ketika puasa

B Complex
B Complex Shaklee menawarkan vitamin B yang lengkap (8 jenis vitamin B) bagi membantu memelihara kesihatan yang baik. Asid folik dan B12 penting bagi wanita
hamil dan wanita-wanita dalam mengawal emotional stress-level.  .

Ostematrix
Kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi
Dan magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik

Alfalfa
Alfalfa Shaklee mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi. (Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini) Juga dikenali milk booster hebat.

ESP
Sumber tenaga ibu-ibu, dan satu lagi milk booster yang unggul.

TIPS EXTRA UNTUK IBU MENYUSU / IBU HAMIL YANG BERPUASA  
 Minumlah banyak-banyak air
 Berdoalah  

 Elakkan Minuman Bikarbonat
Pengambilan air yang kandungan gula dan kafein tinggi secara berlebihan boleh mengganggu penghasilan susu ibu  

 Makan Kurma Ketika Berbuka
Berbukalah dengan memakan kurma terlebih dahulu sekurang-kurangnya tiga biji. Amalan sebegini dapat membekalkan tenaga segera selepas berpuasa sepanjang hari.


Monday, April 29, 2013

Fahami perubahan fizikal kala hamil

Tahniah! anda hamil....
Tatkala mendengarkan ayat ini rasa-rasanya semua wanita akan gembira. mana tidaknya kehadiran bayi ini akan lebih menggembirakan kehidupan anda suami isteri. Bayi ini juga dapat melengkapkan keluarga yang telah anda bina dengan cinta dan kasih sayang. Anda kini akan mengharungi masa-masa dimana segala yang sebelum ini anda tidak ketahui kini boleh di rasai..Antara yang paling nyata perubahan pada diri bakal ibu..selama 9 bulan si ibu akan mengalami pelbagai perubahan..jadi wahai bakal ibu bersedia lah....

Antara perubahan nya adalah seperti:-

1)Rambut berminyak
-Akibat peningkatan hormon progesteron, rambut seolah-olah alah kepadanya dan menyebabkan lebih berminyak jika dibandingkan dengan keadaan sebelum hamil.

2) Sakit Belakang
- Seiring dengan peningkatan usia kehamilan, ruang untuk bayi di dalam rahim semakin berkurangan. keadaan ini secara tidak langsung akan menyebabkan bahagian belakang badan menerima tekanan. oleh sebab itulah anda mudah berasa sakit belakang.

3) Sakit pinggang.
- Sama seperti sakit belakang, ia berlaku akibat tekanan yang dihadapi oleh bahagian pinggang. Walaubagaimanapun, masalah ini yang juga dikenali sebagai sciatica lebih kerap berlaku di trimester akhir kehamilan kerana rahim makin mengembang manakala tulang belakang makin membengkok.

4) Kebas tangan
- Lapisan di pergelangan tangan yang membengkak memberi kesan kepada urat saraf di bahagian tangan. Masalah ini dikenali sebagai carpal tunnel syndrome.

5) Mata rabun
- Kandungan air yang terlalu banyak di bahagian mata boleh menyebabkan anda kerap sakit kepala. Secara tidak langsung, keadaan ini boleh menyebabkan anda mengalami rabun. Segera dapatkan pemeriksaan doktor jika anda sering sakit kepala.

6) Pigmentasi kulit
- Peningkatan hormon pada awal kehamilan boleh menyebabkan kulit menjadi lebih gelap berbanding biasa. Ia adalah normal dan akan beransur-ansur hilang setelah anda selamat melahirkan bayi comel anda.

7) Gusi bengkak atau berdarah
- Perubahan yang berlaku kepada hormon estrogen dan progesteron menjadi punca masalah ini berlaku. Anda disarankan untuk mengambil supplemen kalsium tambahan dan jalan terbaik ialah mendapatkan pemeriksaan doktor gigi dengan segera.

8) Ruam
- Oleh sebab tubuh tidak dapat menerima perubahan yang berlaku ke atas hormon progesteron, ada segelintir daripada wanita hamil mudah mengalami ruam. Usah khuatir kerana masalah ini lama-kelamaan akan hilang dengan sendirinya.

9) Payudara sakit
- Perubahan saiz payudara biasanya berlaku ketika trimester pertama. Ia berlaku akibat peningkatan hormon estrogen dan progesteron. Keadaan ini akan berterusan sepanjang usia kehamilan. Bagi mengatasi ketidakselesaan yang dialami, anda digalakkan untuk bertukar kepada coli khusus untuk wanita hamil.

10) Rahim mengeras.
- Ketika usia kandungan lapan bulan, anda mungkin akan kerap mengalami keadaan di mana perut mengeras seperti berlakunya kontraksi rahim. Hal ini normal kerana rahim sedang melakukan persediaan untuk melalui proses kelahiran yang bakal berlangsung dalam masa terdekat.

11) Kaki kejang / bengkak
- Air yang terlalu banyak bertakung di bahagian kaki akan mengakibatkan kaki mudah berasa kejang. Kerap melakukan senaman ringan di bahagian kaki dapat mengatasi masalah ini. Bengkak di kaki pula berlaku kerana tekanan darah tinggi yang anda hidap tidak stabil malah, ia merupakan petanda awal praeklamsia. Anda digalakkan memakai stoking ketat dan meninggikan bahagian kaki ketika berbaring.

12) Kuku pecah / merekah
- Lebihan hormon boleh mengakibatkan kuku tumbuh dengan lebih pantas. Malah ada segelintir daripada anda mengalami masalah kuku mudah pecah atau merekah. Perubahan ini hanya sementara dan akan kembali normal selepas anda melahirkan.

credit: Majalah Pa & Ma Mei 2013



Ostematrix

perlukan kalsium tambahan????
Ostematrix Shaklee mampu membantu anda...
sms/whatsapp 0196577995 untuk butiran lanjut..
add fb: nooma reqrus bizz
fb page: slim fit fabulous



Thursday, April 18, 2013

Ostematrix .....


Ape itu ostematrix
banyak keistemewaan Ostematrix ni..
meh skodeng antara khasiat dan keistemewaan nya ye.....


Keistimewaan Ostematrix
  • Mengandungi 1,000 mg kalsium unsur dari sumber alam semula jadi yang paling yang concentrated dan mudah diserap
  • Mengandungi 400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang dan membantu menguatkan tulang
  • Mengandungi 400 IU vitamin D (100% DV) untuk merangsang penyerapan kalsium
  • Mengandungi Boron dalam jumlah yang disokong secara klinikal untuk membantu metabolisme tulang
  • Mengandungi Vitamin K membantu mengikat mineral untuk membentuk tulang

Fungsi Ostematrix
  1. Mencegah obesiti
  2. Melindungi otot jantung
  3. Mengelakkan kanser kolon
  4. Mengurangkan simptom PMS
  5. Mencegah batu karang
  6. Memastikan tahap pH alkali yang sihat
  7. Membantu pengangkutan nutrien
  8. Menguatkan tulang,kuku, gigi dan gusi.
  9. Membantu merawat tulang retak, kuku rapuh, ekzema, kekejangan dan gusi berdarah
  10. Mengawal dan mengekalkan tekanan darah yang normal
  11. Merawat sakit sendi dan arthritis
  12. Mengurangkan stress, mengimbangi tekanan darah, menenangkan saraf, menggalakkan tidur lena di malam hari
  13. Mengatasi mood swing dan sakit kepala
  14. Membantu mengurangkan masalah hiperaktiviti perut dan masalah gastrik
  15. Membantu pengecutan otot dan transmisi saraf

Siapa perlukan Ostematrix?
  • Mereka yang kurang mendapat kalsium dari pemakanan harian.
  • Mereka yang mengambil berat tentang pembinaan tulang dan mengekalkan tulang yang sihat untuk jangka masa panjang
  • Mereka yang merokok, pengambilan alkohol yang tinggi, atau kerap minum minuman ringan tabiat gaya hidup yang boleh mengehadkan atau mengganggu penyerapan kalsium
  • Wanita yang berumur 30 tahun dan ke atas, remaja dan warga tua.
  • Ibu hamil dan menyusukan anak yang amat memerlukan jumlah kalsium mencukupi
  • Wanita yang mengalami gejala PMS
  • Mereka yang mengambil berat tentang tekanan darah yang normal
  • Individu yang alami sakit lutut, sakit pinggang dan sendi
  • Individu yang sering alami kebas-kebas kaki dan tangan terutama di malam hari
  • Sekiranya anda sukar menelan kalsium dalam bentuk lain
  •  
  •  
  •  
  • sms / whatsapp utk butiran lanjut 0196577995
  • add fb : nooma reqrus bizz  

Doa untuk menambahkan susu.........

Doa untuk menambahkan susu:

Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan..
Ya Allah seberapa banyak susu yang aku perolehi hari ini , penuhilah dengan rahmatMu dan keberkatan di sisiMu. Semoga dengan keberkatanMu, susu yang sedikit menjadi banyak dan kenyang buat anakku


AMIN

*Sambil baca letakkan tangan pada b dan doa semoga Allah murahkan rezeki untuk menyempurnakan penyusuan hingga 2thn.

Amalkan Surah al-Hujurat & al-Kauthar

Zikir Ya Matin (70x) setiap mlm & subuh @ hembuskan pada air & minum


Surah Yasin ayat 72-73


Baca Selawat dan Bismillah sebelum menyusu dan mengepam

IN SYAA ALLAH....

Jangan goncang susu ibu ( Dont Shake the milk)

Artikel ni tak ingat dapat kat mana tapi nak share dengan sume mommies...
 
Info : Don't Shake The Milk

Why not?

Because shaking expressed mothers' milk (or boiling or freezing it) denatures the shaped molecules of the protective proteins, leaving only the pieces - the amino acids - the parts. Lactoferrin, lysozyme, and other protective components work their protection magic when they are in their original shaped molecular structure. Some components remain intact, even during freezing, shaking or heating. They not only protect the gut from many kinds of infection, but also prevent inflammation of the gut lining. Even broken up, the separate amino acids are still really good stuff and are digested by the baby as nutrients.

Imagine a set of pop-beads assembled into a necklace or bracelet. When the beads are acting as a bracelet or necklace, they are doing their job as protective elements. When you break apart the beads, you have in your hand many individual chunks of amino acids which are then digested.

Cellular components are also susceptible to damage by physical stress. After all, they are living cells.

With mother's milk, you get at least two functions for the price of one. With manufactured formula, you only get the individual beads, never the necklace or bracelet. And never the living cells.

So, please handle human milk gently, respectfully and kindly. It's far more than perfect food for babies - it's a living tissue and protective shield too.

Penting nya minum Air.......

Kenapa air itu penting? selalunye tak kira la org besar ke orang kecik ke memang payah nak minum air kosong termasuk la yang menaip ni jugak....kalau tak haus tak minum...gitu la adenye....tapi sebenarnya air ni sangat penting untuk tubuh badan kite...kenapa air tu penting??? ha...meh bace ni....:
ANtara tips2 yg kami sering tekankan adalah pengambilan air yg mencukupi...tahukah anda,utk setiap 25kgberat anda, anda perlu minum 1 liter air kosong..(CTh: if berat 50kg,anda perlu sekurang2nya 2liter air sehari)

Disini saya nak share,kenapa air penting..ni saya google dari internet dan simpulkan disini:
otak kita mengandungi 90% air..
Otot kita 75% air
Tulang kita 22% air
Darah kita 83% air
Air menstabilkan suhu badan
Air mengangkut nutrisi dan oksigen ke dalam sel
Air melembabkan udara dalam paru-paru
Air meningkatkan kadar metabolisma!
Air melindungi organ-organ
Air membantu organ-organ untuk serap nutrisi dengan baik
Air melindungi dan melembabkan rawan

Apa yang berlaku sekiranya kita kekurangan air?
Tubuh selalu kepenatan
Sakit kepala yang kerap atau migrain
Sembelit
Ketegangan otot
Tekanan darah yang tidak seimbang
Masalah buah pinggang
Kulit kering
Risiko Kematian

sooooo,,, marilah banyakkkkkkkkk kan minum air...('',)

Friday, March 1, 2013

BAYI TERSEDAK SUSU




Sebab-sebab bayi TERSEDAK SUSU
------------------------------------

1. Apabila seorang bayi tertidur semasa sedang menghisap botol susu, susu itu akan terus mengalir membuatkan bayi tersedak dan susu akan terus masuk ke saluran pernafasan dan paru-paru mereka.
2. Lubang puting botol yang terlalu besar, menyebabkan susu akan terus mengalir tanpa henti ketika bayi tertidur.
3. Tabiat ibu bapa meletakkan bantal atau kain untuk menyokong botol susu dan meninggalkan bayi keseorangan.
4. Kedudukan bayi semasa minum susu yang salah.

Cara yang betul memberi minum susu kepada bayi

1. Ketika menyusu tidak kira susu botol atau susu badan, pastikan kedudukan kepala bayi lebih tinggi daripada dada dan perutnya. Botol susu pula mesti dipegang dalam kedudukan tidak lebih 45 hingga 60 darjah supaya air susu tidak tersekat pada tekak dan menyebabkan bayi lemas.
2. Pastikan juga lubang puting botol tidak terlalu besar bagi mengelakkan angin masuk ke dalam perut bayi.
3. Sekiranya menyusu badan, pastikan kawasan puting masuk sepenuhnya ke dalam mulut bayi.
4. Elakkan memberi susu dengan meletakkan bayi di atas lantai, sebaiknya pangku bayi seperti mana teknik menyusu badan.
5. Selepas menyusu, sendawakan bayi untuk mengeluarkan angin dan mengelak bayi muntah ketika tidur.

Cara rawatan jikalau bayi tersedak susu

1. Tiarapkan bayi kemudian tepuk belakang badan beberapa kali sehingga cecair atau bahan makanan yang menyekat saluran pernafasannya keluar.
2. Keluarkan sebarang bendasing di dalam mulut bayi.
3. Duduk dalam keadaan menghadap kehadapan.
4. Tekan bahagian dada dengan menggunakan hujung genggaman tangan secara perlahan.
5. Selain itu, tekan di bahagian perut bayi ketika bayi dibaringkan.
6. Kemudian tekan dan picit bahagian dada beberapa kali menggunakan kedua-dua ibu jari sehingga bayi dapat bernafas semula

TAKE CARE YE UNTUK SEMUA MOMMIES.....