Friday, December 26, 2014

Punca bencana banjir di pantai timur?



Sememangnya banjir kali ini yang terburuk. Memang kebiasaan pantai timur akan banjir tetapi pada kali ini banjir ini sangat teruk. sedih tengok mereka yang menjadi mangsa banjir.
punca banjir pada kali ini katanya berpunca daripada fenomena "full moon".. 

Apa fenomena full moon ni? 
baca sini petikan daripada berita harian:

KUALA LUMPUR: Fenomena 'full moon' iaitu kedudukan bulan berhampiran dengan Bumi yang menyebabkan air pasang adalah antara faktor yang mencetuskan banjir luar biasa di kawasan pantai timur tahun ini.
Pegawai Meteorologi Kanan, Pusat Cuaca Nasional, Jabatan Meteorologi Malaysia, Dr Mohd Hisham Mohd Anip, berkata keadaan banjir menjadi lebih teruk apabila ditambah dengan tiupan angin Monsun Timur Laut secara konsisten merentasi Laut China Selatan ke negara ini bermula bulan November hingga Mac.
"Meskipun hujan semakin reda dan tidak lagi lebat, namun air banjir dilihat sukar untuk surut disebabkan fenomena 'full moon' yang mana bulan berada dekat dengan bumi yang menyebabkan air pasang lebih tinggi daripada biasa.
"Selain itu, hujan yang tidak berhenti sebelumnya menyebabkan aliran sungai dari hulu ke kuala tidak sampai sehingga menyebabkan air sungai melimpah keluar sehingga menyebabkan banjir teruk," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata, pihaknya menjangkakan hujan lebat akibat tiupan angin Monsun Timur Laut di Kelantan, Terengganu dan Pahang sejak minggu lalu akan berterusan sehingga awal Januari depan.
"Namun keadaan cuaca dijangka bertambah baik pada hari ini hingga esok berikutan ramalan kami menunjukkan hujan hanya berlaku di satu atau dua tempat di negeri-negeri berkenaan," katanya.
Dr Mohd Hisham berkata, musim Monsun Timur Laut yang membawa hujan lebat sehingga kini membabitkan tiga episod, iaitu yang pertama pada akhir bulan November, kedua pada 16 hingga 19 Disember dan ketiga iaitu Isnin lepas hingga esok.
"Walaupun cuaca dijangka baik pada dua hari itu, kami menjangkakan ada episod keempat iaitu bermula pada 28 Disember sehingga 31 Disember dan mungkin akan berterusan sehingga awal bulan Januari," katanya.
Dr Mohd Hisham berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan banjir akan berlaku lagi selepas 28 Disember ini di kawasan kedudukan rendah dan berdekatan dengan sungai.
"Ketika musim Monsun Timur Laut, kawasan pantai timur dijangka mengalami empat hingga lima episod hujan lebat menyeluruh dan berterusan selama tiga hingga tujuh hari pada November hingga Januari 2015, serta kawasan barat Sarawak dan Sabah pada Januari hingga Mac 2015.
"Oleh itu, penduduk yang tinggal di kawasan tepi sungai dan rendah dinasihatkan supaya sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan termasuk banjir," katanya.
Sementara itu, menurut Jabatan Meteorologi, angin kencang timur laut dengan kelajuan dari 60 kilometer sejam yang berlaku di kawasan perairan Pantai Timur Semenanjung, Sarawak, Sabah dan Labuan dijangka berterusan hingga esok.
Selain itu, laut bergelora dengan ketinggian ombak sehingga 5.5 meter turut dijangka berlaku di kawasan tersebut yang berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.
Menurut kenyataan itu, kawasan pantai di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut sehingga esok.
- BERNAMA

Marilah sama-sama kita berdoa semoga semua mangsa yang terlibat selamat dan banjir pun cepat surut ,......

Banjir di pantai timur

Sedihnyaaaaaaa....
Hari-hari dengar berita banjir... sekarang pun masih hujan... walau duduk jauh dari pantai timur tetap rasa sayu mengenangkan mereka yang menjadi mangsa banjir. Apakah yang mereka lalui sekarang ini? Dapat makanan tak? Dapat pakaian tak? Alahai.....
Memang tiap-tiap tahun pantai timur banjir tapi tahun ni nampaknya teruk pulak banjir ni... dugaan daripada Allah kan.. bertabah lah....

Tuesday, December 9, 2014

Never give up!!!

Assalamualaikum. ..
Entry ni sepatutnya 7 Disember tapi ntah cemana leh pending lama gille lak kan..
Kenapa 7 Disember?
Sebab saya suka nombor 7...😊😊

Kenapa 7 Disember?
Sebab 6 Disember adalah hari dimana saya menuntut ilmu.. jd 7 Disember saya  rasa saya perlu melakukan sesuatu!

Sekarang dah 9 Disember, masih tiada apa-apa pun?
Sabar.... sebab saya sedang menyenaraikan to do list...

Panjangnya to do list kan... hehehe

InsyaAllah!  Wish me luck korang xoxo D publish!  <-- nampak sangat pengaruh lisa surihani dalam istanbul aku datang..

Yang penting......
Never give up!
Mungkin pernah give up  but... yang lepas tu lepas lah... sekarang fokus ke hadapan...

Its time to move darling!

Notajari : saja mengomel kat diri sendiri.. peringatan... jangan pernah menyerah kalah! 

Wednesday, June 18, 2014

TOTAL WELLNESS PROGRAM








TOTAL WELLNESS PROGRAM

Di bawah ini disenaraikan pelbagai suplemen SHAKLEE yang disyorkan mengikut taraf kesihatan masing-masing. Sila hubungi saya untuk keterangan lanjut dan Konsultasi percuma.

Penuaan ~ Vivix 

Anti-Oxidants ~ CarotoMax, Vitamin C, Vitamin E, Vivix

Athma (Lelah), Sinus (Resdung), Allergy, Hives (Gegata), Eczema Alfalfa, B Complex,
Vitamin C

Set Penyusuan Vitalea, B Complex, Vitamin C, Alfalfa, ESP, Ostematrix, Omega Guard, Performance Drink

Kesihatan Kanak-kanak Chewable Vitalea, Chewable Vitamin C, Omega Guard, MealShake

Set Berpantang Vitalea, B Complex, Vitamin C, Zinc, Vitamin E, ESP, Omega Guard

Set Diabetes  GLA Complex, B Complex, Vitamin C

Gout Set Fiber, Performance Drink, Omega Guard, Alfalfa

Immune Booster NutriFeron

Kesihatan Lelaki ~  Vitalea, B Complex, Vitamin C, Vitamin E, Ostematrix, 
Omega Guard, Performance Drink

Ibu Mengandung Vitalea, B Complex, Vitamin C, ESP, Ostematrix, Omega Guard

Kecantikan Kulit B Complex, Vitamin C, Vitamin E, ESP, Ostematrix, Vivix

Pelajar (12 tahun ++) Vitalea, B Complex, Vitamin C, Lecithin, Omega Guard

Set Pelangsingan ~ Lecithin, Cinch Shake Mix, Cinch energy Tea Mix

Individu tidak suka pill @ tablet ~ Meal Shake, ESP, Vivix, NutriFeron 

019-6577995 

Tuesday, June 10, 2014

Kulit Halus Awet Muda Tanpa Belanja Besar



Kulit Halus Awet Muda Tanpa Belanja Besar

"Syoknya set skin care Shaklee ni. Kulit makin glowing, cerah sekata, dan yang paling best jerawat dibelakang badan sudah tiada!"

Itu luahan kegembiraan Lyana dari Klang yang sangat berpuas hati dengan set kecantikan Shaklee. Dengan hanya pengambilan seawal dua minggu sudah nampak kesan yang positif. Syukur Alhamdulillah Shaklee tidak pernah mengecewakan pelanggan-pelanggan saya.

Apa kandungan Set Skin Care yang meletop ni?

Vit C Sustain Release

Mencantikkan kulit, menjadikan kulit yang cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukkan pigmentasi punca utama jeragat.
Membentuk kolagen yang menjadikan kulit lebih anjal, tegang, tidak berkedut dan paling utama tidak kendur dan melayut. Jadi kulit tambah awet muda

B-Complex
'B' untuk Beauty
Mengelakkan penuaan.
Kekurangan mana2 jenis vitamin B boleh menyebabkan kekeringan kulit, dermatitis, kedutan, jerawat, ruam, keguguran rambut dan masalah kuku.

E Complex
Menjadikan struktur kulit lebih halus, gebu dan cerah serta menaikkan seri wajah.
Membantu mengatasi masalah kulit sensitif, jeragat parut dan dan jerawat pada wajah dan badan.
Mengandungi antioksidan yang tinggi dan bertindak untuk awet muda
Sesuai untuk ibu-ibu yang mengalami masalah nipple melecet.
Dikenali sebagai 'Vitamin Cinta' merapatkan keintiman/ hubungan suami isteri.

Hanya dengan 3 jenis vitamin dan akan mendapat kecantikan dari luar dan dalam. Bukan sahaja masalah kulit akan selesai dan wajah tampak halus, cerah berseri dan awet muda, tetapi kesihatan dalam juga akan meningkat. Kenapa? Vitamin C tingkatkan sistem pertahanan badan melawan penyakit, meneutralkan toksin dalam darah punca penyakit. Vitamin E bakar lemak dan kolesterol dan melawan sel kanser. 



Nak kulit cantik?? hubungi saya
 
Add Friend/PM :Nooma Reqrus Bizz
SMS/Call/Whatsapp :019-6577995



Thursday, May 29, 2014

Assalamualaikum....

Khamis dah hari ni..cepatnya masa berlalu..dah penghujung mei pun...misi tak tercapai lagi...mungkin june nanti ada sesuatu..maklum lah bulan june bulan favourite...heeeeeee

okay gambar takde kena mengena...gambar my cayang.




Jana Pendapatan Dari Rumah



Work At Home mom! 
Bekerja dari rumah!

Rasanya ramai ibu berkerjaya diluar sana yang teringin bekerja dari rumah. Tetapi jika diikutkan lumrah perkerjaan memerlukan ibu-ibu berada di pejabat untuk urusan kerja. Tentu seronok rasanya kan jika dapat bekerja dari rumah. Disamping dapat menjaga dan membesarkan anak-anak dengan tangan sendiri dan dapat melihat mereka membesar depan mata adalah satu pengalaman yang sangat berharga. jadi, bagaimanakah caranya? bagaimana hendak jana pendapatan dari rumah?

Pernah dengar SHAKLEE?
Apa itu Shaklee? haaa..mesti ramai tanya apa itu Shaklee tapi ramai juga telah mengenal Shaklee. Nama Shaklee juga telah tidak asing lagi buat kebanyakan anda. Pengedar Shaklee sangat ramai di Facebook. Jadi mungkin ada yang tertanya "Best ke jual Shaklee ni kan?
Best la kan kalau kita gigih dan rajin. hasilnya pun haruslah 'superb' gitu. Jadi keyword nya disitu adalah RAJIN. Teringat pada pesanan cikgu saya dulu. Cikgu kata kalau rajin mesti pandai! jangan berani tanya berapa Shaklee boleh bagi sebulan kalau tak berani terima wah!
Berminat? Meh saya cerita dengan lebih lanjut tentang bagaimana anda boleh Jana Pendapatan dari rumah.

Dengan Shaklee anda boleh melakukannya secara full time atau part time seperti saya. Jika anda melakukan secara part time, anda mampu menjana sekurang-kurangnya RM2K-3k sebulan. Banyakkan untuk Part Time. Part Time je kot! Cuba bayangkan pulak kalau buat Full Time!. Bayangkan di tengah bulan masa poket tengah nipisnya alahai, duit komisyen masuk RM2K-3K. Fuhhh!

Modal? Daftar Ahli cuma cuma RM75 dan anda akan diberi Member Kit yang lengkap dengan segala info, plan perniagaan dan maklumat produk yang anda perlukan untuk memulakan bisnes Shaklee. Dan jika anda serius, ini semua adalah bonus yang anda boleh nikmati:-

  • KOMISYEN dalam bentuk TUNAI - Komisyen akan diberikan setiap 15hb. Bayangkan tengah bulan masa poket nipis, duit komisyen masuk. Dengan Shaklee memang tiada istilah 'tengah bulan' atau 'poket kering'. cuba bayangkan anda ber'shopping' tengah-tengah bulan. Customer tak ramai dan anda bebas nak pilih barang tanpa perlu berebut-rebut dan berasak-asak! dan ada sahaja promoter atau staff yang akan bantu anda sebab bila customer tak ramai staff pun tak stress sangat nak kerja! Saya memang suka sangat shopping di tengah bulan.
  • Bonus Kereta - Jika anda serius dengan Shaklee dan mencapai 'points' tertentu, anda layak mendapat bonus kereta. Bayangkan Shaklee beri duit untuk membayar ansuran bulanan kereta anda dan mungkin juga kereta idaman anda!
  • Percutian - Percutian dalam dan luar negara bertaraf 5 STAR ditaja sepenuhnya oleh Shaklee. Bagi yang Muslim, berpeluang pergi umrah dengan pakej VVIP (bayangkan hotel hanya bersebelahan masjid)

Apa KELEBIHAN mendaftar ahli dengan saya?

Jika anda mahu jana pendapatan dari rumah seperti saya ada kelebihannya.
  • Anda akan diberi ACCESS ke FB Group tertutup dan Support Group khusus untuk pengedar Shaklee yang mendaftar di bawah saya di mana anda akan dibantu dalam bisnes Shaklee anda.
  • Anda akan diberi bimbingan tentang bisnes online, tips marketing, cara 'closing' customer dengan betul, cara menarik lebih ramai customer, tips untuk berjaya dalam bisnes online dan banyak lagi RAHSIA PERNIAGAAN yang lain.
  • Anda akan dibimbing tentang bisnes, marketing dan konsultansi produk melalui seminar dan Personal Coaching dari saya atas permintaan anda.
  • Anda akan dibantu dalam menyediakan blog atau website. Malah anda akan diberi tunjuk ajar bagaimana menggunakan blog/website, bagaimana menulis artikel produk yang bagus, teknik marketing dan tips menggunakan FB page dengan betul. TETAPI dengan syarat anda sendiri mahu berjaya. 







Jadi jika anda ada kemahuan untuk berjaya dan menjana income besar dengan Shaklee, saya akan bimbing anda sehingga anda mencapai apa yang anda mahukan. Part Time atau Full Time , anda tentukan. Kerana dalam Shaklee "YOU SIGN YOUR OWN CHEQUE"! Yang penting anda perlu GIGIH berusaha dan KONSISTEN dalam usaha anda.



Alhamdulillah dengan Shaklee, hidup saya sekeluarga memang berubah. Siapa sangka saya mampu dapat pendapatan tambahan dengan menjana pendapatan dari rumah secara Part Time. Saya seorang ibu berkerja dan ya saya mahu menjadi Supermom!  Dan saya pasti ramai ibu-ibu berkerja mahupun surirumah diluar sana mengimpikan perkara yang sama. Mari kita bersama-sama merealisasikannya. Jika mereka boleh mengapa tidak kita.

Berminat? Add saya di FB nooma reqrus bizz dan pm saya. Saya akan membalas sebarang pertanyaan anda. Anda juga boleh call saya di 019-6577995 untuk bertanya terus dengan saya. tak nak call? wassap pun boleh.