Monday, April 29, 2013

Fahami perubahan fizikal kala hamil

Tahniah! anda hamil....
Tatkala mendengarkan ayat ini rasa-rasanya semua wanita akan gembira. mana tidaknya kehadiran bayi ini akan lebih menggembirakan kehidupan anda suami isteri. Bayi ini juga dapat melengkapkan keluarga yang telah anda bina dengan cinta dan kasih sayang. Anda kini akan mengharungi masa-masa dimana segala yang sebelum ini anda tidak ketahui kini boleh di rasai..Antara yang paling nyata perubahan pada diri bakal ibu..selama 9 bulan si ibu akan mengalami pelbagai perubahan..jadi wahai bakal ibu bersedia lah....

Antara perubahan nya adalah seperti:-

1)Rambut berminyak
-Akibat peningkatan hormon progesteron, rambut seolah-olah alah kepadanya dan menyebabkan lebih berminyak jika dibandingkan dengan keadaan sebelum hamil.

2) Sakit Belakang
- Seiring dengan peningkatan usia kehamilan, ruang untuk bayi di dalam rahim semakin berkurangan. keadaan ini secara tidak langsung akan menyebabkan bahagian belakang badan menerima tekanan. oleh sebab itulah anda mudah berasa sakit belakang.

3) Sakit pinggang.
- Sama seperti sakit belakang, ia berlaku akibat tekanan yang dihadapi oleh bahagian pinggang. Walaubagaimanapun, masalah ini yang juga dikenali sebagai sciatica lebih kerap berlaku di trimester akhir kehamilan kerana rahim makin mengembang manakala tulang belakang makin membengkok.

4) Kebas tangan
- Lapisan di pergelangan tangan yang membengkak memberi kesan kepada urat saraf di bahagian tangan. Masalah ini dikenali sebagai carpal tunnel syndrome.

5) Mata rabun
- Kandungan air yang terlalu banyak di bahagian mata boleh menyebabkan anda kerap sakit kepala. Secara tidak langsung, keadaan ini boleh menyebabkan anda mengalami rabun. Segera dapatkan pemeriksaan doktor jika anda sering sakit kepala.

6) Pigmentasi kulit
- Peningkatan hormon pada awal kehamilan boleh menyebabkan kulit menjadi lebih gelap berbanding biasa. Ia adalah normal dan akan beransur-ansur hilang setelah anda selamat melahirkan bayi comel anda.

7) Gusi bengkak atau berdarah
- Perubahan yang berlaku kepada hormon estrogen dan progesteron menjadi punca masalah ini berlaku. Anda disarankan untuk mengambil supplemen kalsium tambahan dan jalan terbaik ialah mendapatkan pemeriksaan doktor gigi dengan segera.

8) Ruam
- Oleh sebab tubuh tidak dapat menerima perubahan yang berlaku ke atas hormon progesteron, ada segelintir daripada wanita hamil mudah mengalami ruam. Usah khuatir kerana masalah ini lama-kelamaan akan hilang dengan sendirinya.

9) Payudara sakit
- Perubahan saiz payudara biasanya berlaku ketika trimester pertama. Ia berlaku akibat peningkatan hormon estrogen dan progesteron. Keadaan ini akan berterusan sepanjang usia kehamilan. Bagi mengatasi ketidakselesaan yang dialami, anda digalakkan untuk bertukar kepada coli khusus untuk wanita hamil.

10) Rahim mengeras.
- Ketika usia kandungan lapan bulan, anda mungkin akan kerap mengalami keadaan di mana perut mengeras seperti berlakunya kontraksi rahim. Hal ini normal kerana rahim sedang melakukan persediaan untuk melalui proses kelahiran yang bakal berlangsung dalam masa terdekat.

11) Kaki kejang / bengkak
- Air yang terlalu banyak bertakung di bahagian kaki akan mengakibatkan kaki mudah berasa kejang. Kerap melakukan senaman ringan di bahagian kaki dapat mengatasi masalah ini. Bengkak di kaki pula berlaku kerana tekanan darah tinggi yang anda hidap tidak stabil malah, ia merupakan petanda awal praeklamsia. Anda digalakkan memakai stoking ketat dan meninggikan bahagian kaki ketika berbaring.

12) Kuku pecah / merekah
- Lebihan hormon boleh mengakibatkan kuku tumbuh dengan lebih pantas. Malah ada segelintir daripada anda mengalami masalah kuku mudah pecah atau merekah. Perubahan ini hanya sementara dan akan kembali normal selepas anda melahirkan.

credit: Majalah Pa & Ma Mei 2013



Ostematrix

perlukan kalsium tambahan????
Ostematrix Shaklee mampu membantu anda...
sms/whatsapp 0196577995 untuk butiran lanjut..
add fb: nooma reqrus bizz
fb page: slim fit fabulous



No comments:

Post a Comment